Aku suka dengan filem atau siri jenayah lagi-lagi misteri pembunuhan atau whodunit. Tetapi aku turut tidak mengelak konsep lain seperti penyiasatan atau biografi. Sementara menantikan siri whodunit The Afterparty musim 2 Julai nanti City On Fire nampak menarik.

City on Fire adalah siri jenayah dari pencipta Gossip Girl iaitu Josh Schwartz dan  Stephanie Savage yang mengadaptasi daripada novel dengan judul sama oleh Garth Risk Hallberg. Siri ini mengisahkan pelayar New York University iaitu Samantha pada tahun 2003 yang ditembak mati.

Kematian beliau ini penuh misteri kerana tiada saksi dan ada petunjuk menyatakan Samantha ada kaitan dengan kes pembakaran bangunan bersiri di New York. Semua misteri ini mungkin berkait dengan sebuah keluarga kaya-raya yang ingin merahsiakan perkara sebenar.

Siri ini melibatkan pelakon seperti Wyatt Oleff, Chase Sui Wonders, Jemima Kirke, Nico Tortorella, Ashley Zukerman, Xavier Clyde, Max Milner, Alexandra Doke, Omid Abtahi, Kathleen Munroe, John Cameron Mitchell, Geoff Pierson dan Beth Malone.

Tiga episod pertama akan disiarkan pada 12 Mei dan kemudian episod empat dan seterusnya adalah secara mingguan sehingga 16 Jun 2023.

Sohor Kini