Wizards of the Coast telah melancarkan penambahan seterusnya untuk Magic the Gathering Commander Master bermula hari ini. Commander Masters merupakan set Masters pertama yang dikeluarkan khusus untuk format Commander iaitu format multi-pemain paling popular untuk MTG. Penambahan ini akan menyertakan pelbagai kad penghasilan semula dan juga 40 kad baharu.
Kad-kad yang dihasilkan semula sudah semestinya tarikan utama bagi penambahan ini, antara kad-kad yang menjadi tarikan adalah Jeweled Lotus yang juga menjadi tema untuk kotak Collector Booster ini, Doubling Season, The Great Henge, Avacyn, Angel of Hope dan Fierce Guardianship.
Seperti diumumkan ini, anda boleh dapatkan penambahan terbaru ini melalui melalui Set Boosters, Collector Booster, Commander Deck dan Draft Booster. Bersempena dengan pelancaran ini, Wizards telah menyediakan kami satu kotak Collector Booster untuk melihat sendiri rekaan-rekaan menarik bagi penambahan ini.
Collector Booster untuk Commander Masters ditawarkan dengan harga RM1,099.99 semasa penulisan ini. Ia menyertakan 4 Collector Booster yang setiapnya mengandungi 15 kad MTG dengan pecahan seperti berikut;
Daripada 4 pek Collector Booster yang saya buka, saya telah mendapat 56 kad MTG tidak termasuk token ataupun Land biasa. Daripada kad-kad tersebut terdapat dua kad dengan rarity Mythic Rare iaitu Balefire Dragon dan juga Grave Pact.
Balefire Dragon dengan jenis kad Borderless buat masa ini ditawarkan dengan harga $34.99 mengikut Card Kingdom. Manakala Grave Pact yang juga dengan jenis kad Borderless ditawarkan dengan harga $24.99.
Kad Balefire Dragon juga memperlihatkan gaya baharu untuk kad yang diperkenalkan di dalam penambahan ini, iaitu bukan sahaja Borderless, tetapi karya bagaikan terkeluar daripada frame yang memberi kesan seperti satu kad 3D ia digelar sebagai ‘Borderless Frame Break’. Selain, Balefire Dragon, saya juga menerima kad Fierce Guardianship ($44.99) dengan gaya yang sama.
Selain itu terdapat juga gaya khusus untuk kad-kad Legendary iaitu ‘Borderless Profile’ yang membawa rekaan yang menarik untuk kad-kad tersebut, tiga kad yang saya terima gaya ini adalah Azusa, Lost but Seeking($9.99), Azami, Lady of Scrolls ($1.49) dan Slimefoot, the Stowaway ($1.49).
Dengan saya mendapat 2 kad Mythic Rare, ia juga bermakna yang saya mendapat 18 kad Rare, dan daripada 18 kad tersebut, saya boleh katakan terdapat empat kad terbaik iaitu Fierce Guardianship yang saya nyatakan di atas dan juga Training Center ($12.99), dan dua kad Arachnogenesis Borderless ($24.99) serta Arachnogenesis biasa ($17.99).
Sebagai Masters yang khusus untuk Commander, kad-kad di dalam penambahan adalah khusus untuk kegunaan bagi format Commander. Selain itu terdapat juga kad-kad yang boleh digunakan untuk Historic, Modern, Legacy dan juga Vintage tetapi setiap kad adalah berlainan.
Anda boleh layari laman rasmi untuk penambahan ini jika ingin maklumat lanjut; https://magic.wizards.com/en/products/commander-masters. Selain itu, anda juga boleh layari laman Shopee rasmi untuk Wizards of the Coast jika ingin melihat penawaran terbaru untuk Magic the Gathering.