Legendary iaitu studio di sebalik Godzilla, Dune, Pokémon Detective Pikachu dan banyak lagi akan hadir dengan filem Street Fighter. Menariknya, Legendary telah pun memilih penulis untuk filem ini – mereka adalah Danny dan Michael Philippou iaitu pengarah filem seram baharu yang menerima maklum balas positif – Talk To Me.

Baca – Ulasan Talk To Me

Michael memberitahu Deadline yang beliau mempunyai banyak idea asli untuk Street Fighter. Beliau yang sudah banyak pengalaman dalam menghasilkan idea asli untuk kandungan di YouTube menyatakan banyak idea yang ingin dimasukkan dalam filem ini.

Danny pula memberitahu yang Legendary telah memberi kebebasan kepada mereka berdua untuk bangunkan Street Fighter dengan cara mereka yang tersendiri. Buat masa ini ia masih dalam peringkat pembangunan awal dan tiada sebarang jalan cerita, senarai pelakon dan tarikh tayangan.

Filem aksi nyata Street Fighter yang sedia setakat ini mengecewakan dan tidak mempunyai maklum balas positif. Adakah Danny dan Michael Philippou boleh hadir dengan iterasi yang diterima ramai? Sama-sama kita nantikan.

Sumber – Deadline

Sohor Kini