MTG: Commander Masters Dilancarkan 4 Ogos Ini

Wizards of the Coast telah mengumumkan yang set penambahan seterusnya untuk permainan kad Magic: The Gathering adalah Commander Masters yang akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Ogos 2023.

Commander Masters merupakan set Masters pertama yang dikeluarkan khusus untuk format Commander iaitu format multi-pemain paling popular untuk MTG. Penambahan ini akan menyertakan pelbagai kad penghasilan semula dan juga 40 kad baharu.

Tarikan utama untuk Commander Masters sudah semestinya kad-kad kegemaran pemain yang akan menerima pelbagai rekaan baharu termasuk juga ‘Borderless Frame Break’ dengan gaya karya kad ‘terkeluar’ daripada kad (memberi kesan 3D).

Pelbagai creature Legendary juga akan menerima karya alternatif bersama dengan rekaan Borderless. Menariknya kesemua ini disertakan di dalam setiap Booster yang dikeluarkan untuk penambahan ini untuk memudahkan lagi pemain mendapatkannya.

Bercakap mengenai Commander Decks, penambahan ini menyertakan empat Commander Deck iaitu Eldrazi Unbound, Enduring Enchatnments, Planeswalker Party, dan juga Sliver Swarm. Seperti biasa setiap dek akan menyertakan 100 kad termasuk juga 10 kad baharu.

Selain Commander Decks, Commander Masters juga akan ditawarkan melalui Set Boosters, Collector Booster dan Draft booster.

Anda boleh layari laman rasmi untuk penambahan ini bagi maklumat lanjut; https://magic.wizards.com/en/products/commander-masters.

Sohor Kini