The Exorcist: Believer adalah filem sekuel The Exorcist yang ditayangkan pada tahun 1973. Sekuel ini akan menjadi trilogi dan turut melibatkan Ellen Burstyn pelakon asal The Exorcist. Filem baharu ini akan ditayangkan pada 12 Oktober akan datang dan treler pertama telah pun dikongsi;
Berdasarkan treler yang anda boleh tonton di bawah, filem ini jelas sekali cuba membawa elemen seram ngeri yang sama pada filem klasik. Anak perempuan seseorang telah dirasuk oleh makhluk mistik dan selepas 50 tahun makhluk ini bertemu kembali dengan mangsa pertama – Chris MacNeil.
Sinopsis rasmi filem adalah “Sejak isteri Victor Fielding (Leslie Odom Jr.) yang hamil mati di Haitian 12 tahun lalu, Victor membesarkan anak perempuan mereka Angela (Lidya Jewett) secara bersendirian. Suatu hari Katherine (Olivia Marcum) rakan Angela hilang di dalam hutan dan hanya kembali selepas tiga hari tanpa sebarang ingatan. Victor yang terdesak kerana risau akan anak perempuannya dan diganggu dengan perkara mistik bertemu dengan Chris MacNeil (Ellen Burstyn, pelakon asal The Exorcist (1973)) untuk meminta bantuan.”
The Exorcist: Believer turut menyertakan Ann Dowd (jiran Victor dan Angela), Jennifer Nettles dan Norbert Leo Butz (Ayah Katherine). Filem ini diarahkan oleh David Gordon dengan skrip oleh beliau dan Peter Sattler berdasarkan cerita Scott Teem dan Danny McBride yang menulis trilogi moden Halloween.