The Exorcist adalah filem seram yang mencipta sejarah. Kali pertama ditayangkan pada tahun 1973, kemudian menerima dua sekuel iaitu The Exorcist: Heretic (1977) dan The Exorcist III (1990). Filem ini kemudiannya menerima dua prekuel berbeza pada tahun 2004 dan 2005 iaitu Exorcist: The Beginning dan Dominion: Prequel to The Exorcist.
Terbaru francais filem ini akan menerima sekuel baharu yang akan disampaikan dalam bentuk trilogi. Filem pertama adalah The Exorcist: Believer yang akan ditayangkan pada 23 Oktober 2023.
Baru-baru ini Jason Blum telah berkongsi dua poster filem;
Sinopsis filem ini adalah – “Anak kepada watak Leslie Odom Jr. dirasuk, dia terdesak untuk mencari jalan memulihkan anak sendiri dan mencari watak lakonan Ellen Burstyn”
Selain Odom Jr., Burstyn pelakon-pelakon seperti Ann Dowd (Hereditary), Lidya Jewett (Black Panther), Raphael Sbarge (NCIS), Jennifer Nettles (Harriet), dan Olivia Marcum turut akan terlibat dengan filem ini.
Filem ini diarahkan oleh David Gordon Green (trilogi Halloween baharu), skrip ditulis oleh Peter Sattler berdasarkan cerita oleh Green, Scott Teems (Halloween Kills) dan Danny McBride (Halloween).