NetherRealm Studios telah mengumumkan secara rasmi watak-watak yang akan tiba melalui DLC Kombat Pack pertama bagi permainan Mortal Kombat 1 iaitu Homelander daripada The Boys, Peacemaker berdasarkan siri berjudul sama,lakonan John Cena dan juga Omni-Man daripada siri Invincible.

Selain watak rentas siri tersebut, Kombat Pack ini juga akan menyertakan watak-watak Mortal Kombat iaitu Quan Chi, Ermac dan juga Takeda. Buat masa ini tarikh tibanya watak-watak ini tidak diumumkan lagi tetapi Omni-Man akan menjadi watak pertama yang akan dikeluarkan.

Mortal Kombat 1 akan dikeluarkan pada 19 September untuk PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini