Project Q adalah kod nama untuk konsol mudah alih Sony PlayStation. Peranti ini membolehkan permainan PlayStation 5 dimainkan secara penstriman. Tidak banyak yang dikongsi mengenai Project Q selain saiz skrin 8″ LCD 1080p 60FPS dan mempunyai alat kawalan DualSesne terbina di setiap sisi.
Terbaru Zuby_Tech di twitter telah meniriskan peranti Project Q ini. Ia dilihat menjalankan sistem operasi Android. Di antaramukanya terdapat kod QR dan aplikasi sistem asas mencadangkan pengguna perlu imbas untuk sambungkan PS5.
Buat masa ini masih tidak pasti jika Sony akan menawarkan akses kepada Google Play Store untuk memuat turun permua atau perkhidmatan penstriman permainan lain atau terhad ke platform PlayStation sahaja. Project Q turut dikatakan bukan pesaing ROG Ally, Nintendo Switch atau Steam Deck – sebaliknya adalah aksesori kepada PS5.
Sama-sama kita nantikan pelancaran Project Q untuk ketahui lebih lanjut apakah ciri dan fungsi lain yang akan ditawarkan.