PlayStation ketika PlayStation Showcase telah mengumumkan secara rasmi Project Q iaitu nama kod untuk projek peranti mudah alih mereka. Peranti ini membolehkan pemain bermain permainan PlayStation 5 yang distrim daripada konsol.

Peranti Project Q ini akan menyertakan skrin 8-inci, LCD dengan resolusi 1080p dan sokongan kelancaran sehingga 60FPS. Dengan DualSense terbina di bahagian kira dan juga kanan skrin. Buat masa ini sambungan internet adalah melalui Wi-Fi tidak diumumkan jika peranti ini menyokong selular.

Bersama dengan pengumuman ini, PlayStation juga telah memperlihatkan fon telinga nirwayar mereka sendiri yang akan memberikan audio lossless dan boleh digunakan untuk PS5 dan juga PC.

Maklumat lanjut untuk kedua-dua aksesori ini akan dikongsi tidak lama lagi.

Sohor Kini