Manga Hajime no Ippo Telah Diedarkan Melebihi 100 Juta Salinan

George Morikawa iaitu mangaka untuk Hajime no Ippo melalui akaun Twitter rasmi beliau telah mengumumkan yang manga tersebut telah diedarkan melebihi 100 juta salinan, menyertai kelab eksklusif manga yang terjual melebihi 100 juta salinan bersama dengan 17 manga lain.

Siri manga Hajime no Ippo telah dikeluarkan sejak tahun 1989 lagi dan kini telah mempunyai 138 jilid dengan jilid terbaru dikeluaran pada 14 Julai yang lepas. Selain manga, ia juga telah menerima tiga siri dan dua filem anime.

Siri ini memfokuskan kepada Ippo Makunouchi di dalam usahanya untuk menjadi peninju terhebat tetapi sangat menghormati lawannya.

Dilaporkan terlebih dahulu oleh Anime News Network.

Sohor Kini