Cameron Monaghan Menyertai Barisan Pelakon Filem Tron: Ares

Selepas 13 tahun akhirnya filem Tron ketiga iaitu Tron: Ares disahkan kini dalam pembangunan. Filem ini akan diarahkan oleh Joachim Rønning (Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales) dengan Jared Leto sebagai pelakon utama.

Terbaru Cameron Monaghan (Gotham, Star Wars: Jedi Survivor) turut disahkan akan menyertai barisan pelakon filem ini bersama-sama dengan Leto. Selain mereka berdua Evan Peters, Jodie Turner-Smith dan Greta Lee turut akan terlibat dengan filem ini.

Tron: Ares akan ditulis oleh Jesse Wigutow dan Jack Thorne. Sinopsis penuh masih belum didedahkan lagi. Tetapi dikhabarkan Ares adalah perisian yang dibangunkan oleh watak Leto yang membawa dunia maya ke dunia realiti.

Sumber – Deadline

Sohor Kini