Evil Dead Rise Kini Di HBO GO

Evil Dead Rise adalah filem sekuel kepada Evil Dead arahan Fede Álvarez yang ditayangkan pada tahun 2013. Dua filem ini adalah versi lebih serius, lebih seram dan lebih ngeri berbanding francais Evil Dead lakonan Bruce Campbell yang ke arah seram komedi.

Bermula hari ini Evil Dead Rise kini boleh distrim di HBO GO. Filem ini diarahkan dan ditulis oleh Lee Cronin dengan Sam Raimi dan Bruce Campbell menjadi penerbit eksekutif. Evil Dead Rise memfokuskan kepada Beth dan Ellie lakonan Lily Sullivan dan Alyssa Sutherland.

Tidak dinafikan filem ini adalah antara yang paling seram setakat ini. Selain turut menerima maklum balas positif dengan skor tinggi di Rotten Tomatoes serta menerima skor 7/10 di Aksiz.

Baca – Ulasan Evil Dead Rise

Sohor Kini