Stranger Things 5 adalah musim terakhir siri TV popular Netflix ini. Tetapi The Duffer Brothers telah mengesahkan yang ia tidak akan terus tamat kerana akan ada siri sampingan, permainan dan juga teater.

Terbaru Shawn Levy selaku pengarah Stranger Things berkongsi mengenai Stranger Things: The First Shadow iaitu teater pertama Stranger Things. Ia akan menyampaikan kisah permulaan Stranger Things dan turut mungkin akan mendedahkan butiran mengenai musim kelima.

Penggambaran musim kelima buat masa ini dihentikan kerana mogok penulis di Amerika Syarikat. Linda Hamilto turut disahkan akan menyertai barisan pelakon Stranger Things 5. Butiran mengenai teater ini masih belum dikongsi selain akan berlangsung pada 17 November 2023 sehingga 25 Ogos 2024 di  Phoenix Theatre, London.

Sohor Kini