Siri aksi nyata One Piece akan tiba di Netflix pada 31 Ogos akan datang. Siri ini mempunyai lapan episod, skrip ditulis oleh Steve Maeda (Lost, The X-Files) dan Matt Owens (Agents of S.H.I.E.L.D, Luke Cage) yang turut menjadi penerbit eksekutif bersama-sama dengan pencipta One Piece Eiichiro Oda.

Terbaru di Anime Expo 2023, Netflix mengumumkan yang pelakon suara asal anime akan mengalih suara siri aksi nyata.

Pelakon suara ini adalah Mayumi Tanaka yang akan kekal sebagai Monkey D. Luffy, Kazuya Nakai sebagai Roronoa Zoro, Akemi Okamura sebagai Nami, Kappei Yamaguchi pula sebagai Usopp dan Hiroaki Hirata sebagai Sanji.

Pelakon bagi siri aksi nyata pula adalah Iñaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero Gibson sebagai Usopp dan Taz Skylar sebagai Sanji.

Sumber – Netflix

Sohor Kini