Skip to main content

Netflix ketika acara TUDUM telah berkongsi treler acah untuk siri aksi nyata One Piece. Bersama dengan treler ini, mereka juga telah mengumumkan yang tarikh siaran untuknya adalah pada 31 Ogos 2023.

Siri aksi nyata One Piece ini sudah diumumkan akan mempunyai 10 episod dengan Steve Maeda yang pernah terlibat untuk siri Lost dan The X-Files diumumkan sebagai penulis utama dan beliau akan turut menjadi penerbit eksekutif bersama dengan Matt Owens yang menerbitkan siri seperti Agents of S.H.I.E.L.D dan Luke Cage.

Senarai pelakon adalah Inaki Godoy, Mackenyu, Emily Rudd, Jacob Romero Gibson dan Taz Skylar.

Leave a Reply