Silo adalah siri TV di Apple TV+ mengenai ribuan manusia yang tinggal di dalam sebuah silo, namun tidak diketahui kenapa ia dibina, siapa yang membinanya dan kenapa mereka tinggal di dalamnya. Silo turut melibatkan misteri pembunuhan dan kisah untuk mencari kebenaran.

Terbaru Apple TV+ telah menerbit keseluruhan episod pertama di Twitter dan percuma untuk ditonton oleh semua orang.

Baca – Ulasan Silo – Sehampir Mungkin Kepada Sebuah Adaptasi Fallout Yang Kita Inginkan

https://twitter.com/AppleTV/status/1673730750095712256?s=20

Ini adalah strategi Apple TV+ untuk menarik perhatian orang ramai melanggan platform penstriman video mereka. Musim pertama Silo akan tamat dengan episod kesepuluh pada hari Jumaat ini, 30 Jun 2023. Apple turut telah mengesahkan yang siri TV ini akan diteruskan dengan musim kedua.

Siri ini melibatkan Rebecca Ferguson, Common, Harriet Walter, Chinaza Uche, Avi Nash, David Oyelowo, Rashida Jones dan juga Tim Robbins.

Sumber – Amanz

Sohor Kini