Awal pagi tadi saya telah menyertai sidang media atas talian untuk Secret Invasion. Kevin Feige telah berkongsi sesuatu yang menarik untuk peminat Marvel Cinematic Universe, tetapi mungkin mengecewakan untuk yang hanya menonton filem.
Secret Invasion akan berkait dengan projek MCU lain yang akan datang iaitu The Marvels dan Armor Wars. Walaupun tidak jelas bahagian mana yang akan berkait atau watak mana yang akan terlibat, tetapi S.A.B.E.R. akan memainkan peranan penting.
S.A.B.E.R adalah stesen angkasa yang diketuai dan dikendalikan oleh Nick Fury. Stesen ini merupakan versi MCU kepada S.W.O.R.D iaitu Sentient Weapon Observation and Response Division yang akan melibatkan Monica Rambeau seperti yang dipertontonkan dalam treler The Marvels.
Marvel turut mengolah semula komik Secret Invasion yang asalnya melibatkan ramai adiwira Avengers melawan Skrull kepada kisah yang memfokuskan Nick Fury.
Secret Invasion akan disiarkan di Disney+ Hotstar bermula 21 Jun nanti. Selepas menonton dua episod pertama, saya boleh katakan siri TV ini mungkin akan menjadi yang terbaik dalam MCU setakat ini. Sama-sama kita nantikan.
Baca – Selepas Dua Episod, Secret Invasion Berpotensi Menjadi Siri MCU Yang Terbaik