Tahun lepas Disney mengumumkan banyak filem menarik yang akan ditayangkan pada tahun ini dan tahun hadapan. Antaranya adalah filem animasi baharu Pixar iaitu Elemental yang akan ditayangkan pada minggu ini. Satu lagi filem Pixar adalah Elio yang mana treler acah pertama akhirnya dikongsi.

Filem ini mengisahkan kanak-kanak 11 tahun, Elio yang diculik oleh sekumpulan makhluk asing Communiverse. Elio kemudiannya mengaku diri sebagai ketua bumi. Communiverse berdasarkan treler dilihat ingin menghukum bumi. Pada masa yang sama, Olga iaitu ibu kepada Elio adalah seorang ejen di agensi khas kerajaan yang akan memainkan peranan penting dalam filem.

Elio dibintangi oleh Yonas Kibreab, Jameela Jamil, Brad Garrett dan America Ferrera. Filem ini diarahkan oleh penulis filem Coco iaitu Adrian Molina dan akan ditayangkan pada 1 Mac 2024.

Sohor Kini