Captain Laserhawk: A Blood Dragon Remix ialah sebuah siri animasi baru yang akan keudara di Netflix, dan treler terbaru untuk siri animasi tersebut telah diperlihatkan baru-baru ini. Ia diumumkan pada penghujung 2019 dan nampaknya sudahpun mula dibangunkan.
Siri animasi tersebut dilihat menggabungkan tema permainan komputer Fallout 3: Blood Dragon dan dilihat akan hadir dengan pelbagai easter egg Ubisoft, dari tema permainan sehinggalah watak yang diperkenalkan didalam siri ini, seperti Assassin’s Creed, Tom Clancy dan sebagainya.
Jalan cerita siri animasi terbaru ini diperlihatkan juga melalui treler baru ini, dimana watak utamanya ialah Captan Laserhawk, sebuah watak original bertemakan Fallout 3: Blood Dragon. yang berlatarkan Amerika Syarikat dengan tema distopia Orwellian.
Captain Laserhawk ditangkap dan dimasukkan kedalam penjara Supermaxx yang mana dia harus memimpin sejumlah banduan lain untuk melepaskan diri mereka dari penjara tersebut. Siri animasi ini akan tiba di Netflix sekitar suku ketiga ataupun keempat tahun ini.