Assassin’s Creed Codename Jade Disahkan Untuk Android dan iOS

Assassin’s Creed Codename Jade di acah tahun lalu dengan tiada maklumat dikongsi bersama dengan Codename Hexe dan Codename Red. Pagi ini di acara Ubisoft Forward misteri mengenai Codename Jade akhirnya terungkai dengan ia adalah permainan untuk peranti Android dan iOS.

Treler masih lagi tidak menyentuh mengenai jalan cerita sekadar mengesahkan ia berlaku selepas kematian Maharaja Qin Shi Huang yang terkenal dengan ribuan tentera terracotta yang dikuburkan bersama beliau di Xian. Berdasarkan visual tatamain yang agak pendek, ia adalah sebuah permainan dunia terbuka.

Pengumuman ia adalah untuk peranti mudah alih sedikit mengecewakan kerana ketika diumumkan Ubisoft mengatakan ia sebuah permainan AAA. Pendaftaran untuk mengakses beta tertutup kini boleh dilakukan menerusi pautan di bawah.

Sumber – Assassin’s Creed Codename Jade

Sohor Kini