Skip to main content

Selepas bertahun menanti, akhirnya filem dan animasi terbaik Spider-Man Into The Spider-Verse menerima sekuel Across The Spider-Verse. Sekuel ini adalah bahagian pertama dengan sambungan akan ditayangkan pada tahun 2024 melalui Beyond The Spider-Verse.

Baca – Ulasan Spider-Man: Across the Spider-Verse

Animasi ini kekal dengan penceritaan yang matang, menarik, penuh dengan aksi, muzik menarik dan paling penting animasi yang menjadikan filem animasi Spider-Man ini istimewa. Terbaru hanya selepas tiga hari tayangan kutipan peringkat global Spider-Man Into The Spider-Verse telah mencapai $208,564,812 iaitu sekitar RM958,981,006.

Berbanding dengan Into The Spider-Verse semasa tayangan tahun 2018, ia hanya mengutip RM148 juta selepas tiga tayangan. Sekuel sudah berjaya mengutip lebih 6 kali ganda dalam tempoh masa yang sama.

Jika anda ingin saksikan filem Spider-Man terbaik dan penceritaan multimesta yang menyeronokkan, tonton Across The Spider-Verse di pawagam. Anda turut akan disajikan dengan pelbagai cameo dan variasi Spider-Man.

Leave a Reply