Didi & Friends The Movie iaitu filem animasi tempatan pertama bagi tahun ini adalah sebuah filem yang menarik dan menghiburkan. Ia juga merupakan filem animasi pertama Warnakala Studios bersama Digital Durian dan telah mengutip sebanyak RM8 juta.

Jika anda terlepas menonton filem ini di pawagam, kini anda boleh menyewanya melalui Astro First. Astro menawarkan set berkas Didi & Friends The Movie dan Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends pada harga RM19.90 untuk akses selama 48 jam. Tawaran ini terhad dari 8 Jun ke 21 Jun sahaja.

Filem-filem lain yang ditawarkan adalah, filem seram kontroversi tahun ini iaitu Pulau, filem komedi Mandarin Returning Home, filem ngeri Escape lakonan Kamal Adli serta dua filem seram komedi iaitu GUI dan Sumpahan Syaitan yang boleh didapatkan pada harga RM15 untuk 48 jam.

Baca – Ulasan Didi And Friends The Movie

Sohor Kini