Andy Muschietti iaitu pengarah untuk filem The Flash mengatakan yang jika kisah adiwira ini diteruskan dengan filem baharu, beliau ingin Ezra Miller terus kekal membawa watak Barry Allen dan The Flash.
Perkara ini juga dipersetujui oleh kakaknya Barbara Muschietti yang merupakan penerbit bagi filem ini. Beliau mengatakan Ezra Miller adalah seorang pelakon yang bijak, komited dan profesional. Tambah Barbara, Miller memberikan segalanya untuk watak ini – secara fizikal, kreatif dan emosi.
Ezra Miller pertama kali membawa watak The Flash di dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice pada tahun 2016. Beliau kemudian terlibat dengan pelbagai kontroversi yang membuatkan status beliau sebagai The Flash dan filem ini sendiri menjadi satu tanda tanya.
Filem The Flash dikatakan akan menjadi pengakhiran untuk siri filem DC yang lama dan juga permulaan untuk DC Universe yang baharu. Filem ini akan mula ditayangkan pada 16 Jun nanti.
Sumber – Deadline