Ezra Miller iaitu pelakon utama untuk filem The Flash dan juga Fantastic Beast telah ditahan polis akibat mengganggu ketenteraman awam dan menurut laporan oleh Rolling Stone, Warner Bros bersama dengan DC telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk menangguh kesemua filem bersama dengannya

Buat masa ini filem The Flash yang telah ditunda ke tahun depan masih tidak mempunyai perancangan untuk mempunyai susulan, manakala Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore tidak disahkan lagi akan menerima susulan ataupun tidak disahkan lagi watak Ezra Miller akan diteruskan, penangguhan ini juga akan melibatkan penglibatan Ezra Miller di dalam mana-mana filem DC Extended Universe.

Berdasarkan laporan tersebut lagi, masalah Ezra Miller juga melibatkan semasa penggambaran filem di mana, dia dikatakan sering melakukan masalah walaupun tidak melibatkan perkara-perkara yang merbahaya ataupun mencederakan sesiapa.

Warner Bros sebelum ini juga telah menggantikan pelakon Gellert Grindelwald di dalan Fantastic Beast iaitu kepada Mads Mikkelsen selepas Johnny Depp dikatakan mencederakan Amber Heard.

Sohor Kini