Tahun 2001 filem Black Hawk Down telah ditayangkan di pawagam. Filem ini dihasilkan berdasarkan kisah benar dan turut melibatkan tentera Malaysia tetapi dalam filem penglibatan tentera kita tidak didedahkan.

Kini selepas 22 tahun Adrian Teh melalui Act 2 Pictures sekali lagi hadir dengan filem bertemakan tentera dan peperangan iaitu MALBATT: Misi Bakara. Filem ini dikatakan adalah filem kisah benar dan akan menceritakan kepada orang ramai bagaimana Batalion Malaysia menerima perintah kecemasan oleh UNOSCOM untuk membantu tentera Amerika Syarikat yang terperangkap kerana helikopter terhempas bersama dengan juru terbang, anak kapal dan 70 renjer.

Kejadian ini berlaku ketika Perang Somalia pada tahun 1993. Filem ini melibatkan ramai pelakon hebat seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Tony Eusoff, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah dan juga Theebaan G.

MALBATT: Misi Bakara melalui proses penggambaran yang agak sukar menurut Adiran Teh dan para pelakon. Ini kerana penggambaran berlaku di Turki dan banyak perancangan terpaksa diubah sehingga memakan kos berlebihan iaitu mencapai RM20 juta antara yang paling tinggi untuk filem aksi nyata tempatan.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Malbatt: Misi Bakara akan ditayangkan di Malaysia sempena bulan kemerdekaan iaitu pada 24 Ogos nanti.

Sohor Kini