Adiran Teh akan kembali dengan satu lagi filem bertemakan tentera di Malaysia, MALBATT: Misi Bakara. Filem ini adalah filem kisah benar mengenai 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia.

Kisah ini pernah diadaptasi dalam filem iaitu Black Hawk Dawn pada tahun 2001 arahan Ridley Scott. Namun filem tersebut tidak mendedahkan kisah sebenar dan Malay Army pun hanya disebut sekali.

Misi Bakara mengharapkan boleh menyampaikan fakta mengenai perkara sebenar berlaku. Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw antara syarikat produksi yang terlibat dengan pembangunan filem ini. Tentera Darat Malaysia juga memberi bantuan untuk menjayakan filem yang menelan kos RM20 juta ini.

Adrian Teh memberitahu yang filem ini tidak akan melibatkan banyak CGI, tetapi sekadar mencukupi untuk memberi suasana 1993. Kenderaan APC (Armoured personnel carrier) untuk filem ini dibina sendiri, uniform ditempah khas kerana rekaan versi asal sudah tidak wujud lagi dan penggambaran berlaku di Turki.

Antara pelakon dalam filem ini adalah Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G.

Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada hari Merdeka tahun 2023 akan datang.

Sohor Kini