Tiga tahun lepas ada kami laporkan yang filem Pink Panther akan dihasilkan semula. Tetapi tidak pasti lagi sama ada dalam bentuk olahan semula, sekuel atau prekuel. Filem asal filem ini dilakonkan oleh Peter Sellers. Ia kemudiannya diolah semula dengan Steve Martin memainkan watak Inspektor ini. Francais ini turut menjadi popular dengan Pink Panther versi animasi.

Filem baharu ini akan diarahkan oleh Jeff Fowler selaku pengarah Sonic The Hedgehog yang akan bekerjasama dengan Chris Bremner iaitu penulis filem Bad Boys For Life. The Hollywood Reporter baru-baru ini pula melaporkan yang Eddie Murphy akan menjadi pelakon bagi watak Inspector Clouseau.

Filem ini akan memfokuskan kepada Inspector Clouseau yang mempunyai kawan imaginasi Pink Panther. Haiwan CGI ini tidak akan boleh bercakap tetapi akan membantu Clouseau menyelesaikan kes. Ia juga adalah filem pertama di panggung wayang memperlihatkan Inspector Clouseau dan Pink Panther bekerjasama.

Menurut sumber filem ini masih lagi dalam peringkat pembangunan awal.

Sohor Kini