Skip to main content

Pink Panther adalah siri filem mengenai Inspector Clouseau, iaitu seorang inspektor yang cuai, lucu dan pasti menyebabkan huru-hara tidak kira apa jua kes yang ingin diselesaikan. Kebanyakan lawak yang ada dalam ini semua berlaku secara tidak sengaja dan sikap cuai beliau. Pink Panther turut mempunyai siri animasi yang memfokuskan watak harimau kumbang yang berwarna merah jambu.

Filem asal filem ini dilakonkan oleh Peter Sellers. Ia kemudiannya diolah semula dengan Steve Martin memainkan watak Inspektor ini. Tidak dinafikan yang filem ini semua lucu dan menarik.. Terkini, pengarah filem Sonic The Hedgehog ingin menghasilkan filem Pink Panther baharu. Tetapi tidak pasti lagi sama ada adakah ini filem olahan semula, sekuel atau prekuel.

Hollywood Reporter melaporkan yang filem baru ini akan memfokuskan kepada seorang inspektor yang ada kawan imaginasi akibat trauma. Kawan ini adalah Pink Panther. Tetapi Pink Panther ini dilaporkan tidak akan bercakap, sebaliknya hanya membantu menyelesaikan kes sahaja.

Jeff Fowler selaku pengarah Sonic The Hedgehog akan bekerjasama dengan  Chris Bremner selaku penulis bersama filem Bad Boys For Life.

Leave a Reply