Sudah hampir dua tahun genap sejak musim pertama Loki disiarkan di Disney+ Hotstar. Musim kedua sudah pun disahkan dan sejak salah satu episod musim kedua ini diacah dalam filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania ramai tidak sabar untuk menontonnya.

Marvel Studios hari ini secara rasmi mengumumkan yang ia akan disiarkan pada 6 Oktober 2023. Loki musim kedua akan mempunyai 6 episod dan berlaku dalam MCU Fasa 5.

Siri TV MCU Disney+ kedua yang akan disiarkan adalah Echo. Ia merupakan siri sampingan kepada Hawkeye yang disiarkan pada November dua tahun lalu. Dalam Echo, kita akan lihat bagaimana ketua penjahat bisu ini beraksi dan bagaimana beliau berhubung semula dengan orang asal Amerika iaitu keluarga beliau.

Dalam siri ini Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio turut akan kembali sebagai Daredevil dan Kingpin. Marvel Studios mengumumkan yang siri ini akan tiba di Disney+ pada 29 November nanti. Buat pertama kali juga untuk siri TV MCU, kesemua episod Echo akan disiarkan serentak.

Sohor Kini