Avatar The Way Of Water Akan Masuk Ke Disney+ 7 Jun Nanti

Avatar The Way of Water boleh dikatakan adalah filem yang cukup epik. Ia merupakan sekuel kepada filem dengan kutipan tertinggi dunia iaitu Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009. Filem gempak ini menerima sambutan yang baik dan memberi pengalaman menonton yang memuaskan.

Kini selepas lima bulan sejak ditayangkan pada Disember 2022 filem ini akan memasuki platform penstriman Disney+ bermula 7 Jun nanti. Walaupun ia adalah pengumuman untuk pasaran yang mempunyai Disney+ sahaja, kebiasaannya ia sama sahaja dengan tarikh untuk Disney+ Hotstar juga.

Bagi yang terlepas tonton di pawagam anda boleh filem dengan kutipan $2,319,918,489 (~RM10,446,592,956) ini di rumah nanti.

Baca – Temuramah Bersama Stephen Lang Untuk Pemegang Watak Quaritch Dalam Avatar The Way Of Water

Sohor Kini