Semasa Disney+ Hotstar dilancarkan di Malaysia dua tahun lalu, ia hanya ditawarkan kepada pengguna web, Android TV, Apple TV, Android, iOS, webOS, beberapa TV terpilih dan kemudiannya ditawarkan kepada pengguna Astro. Perkhidmatan penstriman ini sayang sekali tidak ditawarkan kepada pengguna Samsung TV yang menjalankan Tizen OS.

Kini selepas dua tahun dan Disney menguji antaramuka baharu pada Android, antaramuka baharu yang padat dengan ciri dan fungsi baharu ini diedarkan kepada lebih ramai pengguna. Bukan itu sahaja, buat pertama kali di Malaysia pengguna Samsung TV akhirnya boleh memuat turun aplikasi ini pada televisyen masing-masing.

Pengguna Samsung TV di Malaysia anda boleh buka gedung aplikasi televisyen anda dan muat turun aplikasi ini. Jika masih tiada harap bersabar atau mana tahu semak juga kemaskini sistem. Anda tidak lagi perlu dengan lecehnya menukar tetapan negara dan sebagainya.

Sumber – Amanz

Sohor Kini