Insomniac Games sebelum ini telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan komik prekuel untuk Marvel’s Spider-man 2. Pada awalnya komik tersebut ditawarkan secara fizikal di Amerika Syarikat, kini anda juga boleh membacanya secara dalam talian dan percuma.
Bahagian pertama untuk komik Marvel’s Spider-man 2 boleh dibaca melalui pautan ini.
Sebagai komik prekuel, komik ini akan menjadi perantaraan di antara Marvel’s Spider-man: Miles Morales dengan permainan akan datang Marvel’s Spider-Man 2 yang akhirnya menyertakan Peter Parker dan Miles Morales di dalam satu permainan.
Komik ini ditulis oleh Christos Gage, lukisan oleh IG Guara, warna oleh Rachelle Rosenberg dan muka depan oleh Todd Nauck.
Di pengumuman yang sama sebelum ini, Insomniac Games juga telah menawarkan Marvel’s Spider-Man Remastered secara kendiri – ditawarkan dengan harga RM209 atau RM50 untuk naik taraf.
Marvel’s Spider-Man 2 diumumkan akan tiba pada akhir tahun ini.