Francais filem seram Indonesia iaitu Danur Universe akan berkembang ke siri TV pula. Selepas filem Danur (2017), Danur 2: Maddah (2018), Danur 3: Sunyaruri (2019), empat filem sampingan Asih (2018), Silam (2018), Asih 2 (2020) dan Ivanna (2022) kini ada Jurnal Risa pula yang merupakan siri TV prekuel.

Baca – Temubual Bersama Risa Saraswati Mengenai Persamaan Siri Jurnal Risa Dengan Stranger Things

Jurnal Risa diadaptasi daripada novel Teror Liburan Sekolah yang menceritakan pengalaman Risa ketika masih kanak-kanak pada tahun 90-an. Di masa ini, ia adalah kali pertama Risa bertemu dan diganggu oleh hantu bersama saudara-mara beliau.

Kini Jurnal Risa telah ada tarikh siaran di mana ia akan tiba di Disney+ Hotstar secara eksklusif di Malaysia bermula 27 Mei ini. Siri ini akan mempunyai lapan episod dan dikatakan mempunyai tahap seram 7.5/10 yang boleh ditonton oleh semua kategori penonton.

Sohor Kini