Skip to main content

Semalam telah kami laporkan yang Tom Hiddleston dan Mark Hamill akan berlakon dalam filem seram The Life of Chuck berdasarkan cerpen Stephen King. Hari ini satu lagi cerpen King disahkan akan diadaptasi menjadi filem seram.

Cerpen ini adalah The Monkey yang berada di bawah koleksi Skeleton Crew yang diterbit pada tahun 1980-an. Filem ini akan dihasilkan oleh James Wan melalui Atomic Monster dan turut akan bekerjasama dengan Motion Picture Group (Joker) dan Dave Caplan (Babylon). 

Skrip filem ditulis oleh Osgood Perkins (Longlegs) yang mana beliau juga akan menjadi pengarah. Pelakon utama pula adalah Theo James yang mencipta nama melalui siri TV HBO White Lotus.

The Monkey mengisahkan Hal dan Bill yang menemui mainan monyet laman yang dimiliki oleh ayah mereka. Sejak mainan ini ditemui satu demi satu kematian yang mengerikan berlaku di sekeliling dua beradik ini. Selepas monyet ini dibuang dan mereka meneruskan kehidupan masing-masing, kematian ini berlaku lagi dan Hal dan Bill bersama-sama mencari jalan untuk menghentikannya bagi melindungi orang tersayang.

Buat masa ini masih tiada sebarang informasi mengenai pelakon lain dan bilakah ia akan ditayangkan. Memandangkan ini adalah produksi James Wan turut masih belum tahu adalah ia sebahagian daripada projek membangunkan dunia filem seram baharu.

Sumber – Deadline

Leave a Reply