Apple Menghentikan Penggambaran Severance Musim Kedua

Severance adalah antara siri TV Apple TV+ yang sangat menarik, unik, kualiti tinggi dan memberikan pengalaman menonton yang mendebarkan. Ia adalah sebuah siri TV di tempat kerja di mana pekerja telah melalui satu pembedahan untuk mengasingkan kehidupan harian dan kehidupan bekerja.

Siri ini turut akan diteruskan dengan musim kedua di mana sekarang sedang dalam proses penggambaran. Severance musim kedua dijangka akan tiba pada hujung tahun 2023 atau awal tahun 2024.

Tetapi kini dengan Persatuan Penulis Amerika mogok, Apple terpaksa menghentikan penggambaran siri TV ini. Siri ini menyertakan pelakon seperti Adam Scott, penulis Dan Erickson dan diarahkan oleh Ben Stiller.

Baca – Ulasan Severance: Keseimbangan Hidup Dan Kerja Yang Menyeramkan

Sohor Kini