Amazon dan MGM adalah satu syarikat. Baru-baru ini mereka tubuhkan Amazon MGM Studios Distribution khusus untuk pengedaran kandungan. Apa yang menariknya adalah mereka akan menjual kandungan Amazon Originals ke syarikat media lain.

Ini termasuk dengan mana-mana platform penstriman yang berminat untuk mendapatkan kandungan Amazon Originals seperti The Tomorrow War, The Boys, Invincible, The Marvelous Mrs. Maisel, Coming 2 America dan banyak lagi tidak kira dalam bentuk strim percuma, ada iklan atau langganan berbayar.

Ini bukan pertama kali Amazon menjual kandungan asli mereka. Cuma dengan Amazon MGM Studios Distribution akan mengedarkan kandungan pada skala lebih besar. Mana tahu selepas ini kita boleh saksikan The Boys atau James Bond di Netflix?

Sumber – TechCrunch

Sohor Kini