Eiichiro Oda adalah pencipta komik manga One Piece. Tetapi untuk siri TV aksi nyata Netflix yang dijadualkan untuk disiarkan pada tahun ini, Oda turut terlibat sebagai penerbit eksekutif.

Bagi yang tidak tahu siri ini sudah pun tamat sesi penggambaran dan ramai menantikan kemaskini seterusnya. Sudah hampir setahun kali terakhir Netflix berikan kemaskini iaitu memperlihatkan rekaan kapal-kapal yang akan digunakan dalam filem.

Terkini Eiichiro Oda telah mengeluarkan kenyataan yang Netflix hanya akan menyiarkan siri aksi nyata One Piece jika beliau sudah berpuas hati. Tambahan Oda lagi, pembangunan siri TV ini membawa banyak masalah kerana pelakon-pelakon datang dari negara dan mempunyai budaya berbeza.

Masalah ini akhirnya telah diselesaikan dengan semangat dari semua pelakon dan kru siri TV ini. Kesemua lapan episod One Piece kini dalam pasca-proses dan dijanjikan akan disiarkan tidak lama lagi.

Sohor Kini