Tahun lepas karya asal Winnie The Pooh telah memasuki domain awam. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh hadir dengan animasi, filem atau siri TV berdasarkan watak-watak cerita kanak-kanak ini. Antara yang terawal adalah Winnie The Pooh: Blood And Honey sebuah filem seram ngeri yang sangat ganas.
Terkini kisah Christopher Robin pula sedang dibangunkan. Menurut sumber filem ini adalah filem aksi nyata hibrid yang menggabungkan manusia sebenar dengan animasi. Ia juga adalah filem untuk orang dewasa kerana disahkan akan mempunyai elemen komedi rating R.
Filem ini akan dihasilkan oleh Bay Mills Studios iaitu studio produksi Shamier Anderson (John Wick 4 – Mr. Nobody) dan Stephan James (21 Bridges).
Filem komedi ini dikatakan akan menceritakan kisah Christopher Robin di New York yang mengelamun dan hampa dengan kehidupan. Suatu hari beliau bertemu dengan haiwan aneh yang boleh bercakap melalui portal yang berkaitan dengan dadah menuju ke lokasi terkenal Pooh – Hundred Acres.
Akan datang mesta filem seram Winnie-The-Pooh turut akan dikembangkan dengan filem sekuel serta Bambi: The Reckoning dan Peter Pan’s Neverland Nightmare.