Nier Automata ialah permainan JRPG yang cukup terkenal sekali bukan sahaja di kalangan peminat genre permainan tersebut, tetapi juga mereka yang gemar permainan video yang mempunyai jalan cerita mendalam dan juga bentuk permainan yang mencabar.
Terkini, akaun Twitter Nier Japan telah mengumumkan bahawa Nier Automata telah terjual sebanyak 7.5 juta unit setakat ini di konsol Sony PlayStation dan juga melalui platform PC.
Nier Automata pada mulanya dilancarkan pada konsol Sony PlayStation 4, tetapi kemudiannya ia juga memperlihatkan pelancaran pada platform PC, dan pada tahun lepas, Nier Automata: The End of YoRHa Edition turut diperkenalkan untuk konsol Nintendo Switch.
Pada awal tahun ini, siri anime Nier Automata ver1.1a turut diperkenalkan, yang memperlihatkan sejumlah jalan cerita permainan tersebut, dan dilihat membantu dalam meningkatkan lagi jualan permainan video tersebut.