Gempak Mengacah Animasi Lawak Kampus Mereka Sudah Siap

Lawak Kampus iaitu siri komik di bawah Gempak Starz karya Keith adalah komik yang menceritakan gelagat sekumpulan remaja sekolah menengah. Keith turut tidak lupa menyertakan lawak jenaka yang melucukan sambil turut mengikut trend dan elemen budaya pop terkini.

Terkini, Lawak Kampus telah diadaptasi menjadi animasi. Selepas dua tahun sejak diumumkan pada tahun 2021. Semalam Gempak menciap di Twitter yang animasi mereka telah siap. Mereka turut berkongsi klip pendek yang mempertontonkan adegan dalam salah satu komik.

Selain Dari animasi ini adalah oleh Lil Critter Workshop, satu episod mungkin sekitar 10 minit dan memfokuskan tema persahabatan dan juga penerimaan di sekolah, butiran lain masih belum diketahui. Komik Lawak Kampus sudah ada jilid ke-45, video acah yang dikongsi mencadangkan animasi berasaskan komik lama.

Gempak akan mengumumkan sesuatu mungkin selepas Hari Raya nanti. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini