Lil Critter Workshop iaitu studio yang banyak terlibat di dalam rekaan kandungan dan juga produksi siri animasi telah mengumumkan yang mereka telah mendapat hak penerbitan siri komik Lawak Kampus dari Kadokawa Gempak Starz (Gempak Starz) untuk dijadikan sebagai satu siri TV animasi.

Mereka juga mengatakan yang siri tersebut akan memfokuskan untuk tontonan kanak-kanak dan juga seisi keluarga di Asia Pasifik. Mereka menyasarkan untuk menghasilkan 10 minit setiap episod yang akan memfokuskan kepada tema persahabatan dan juga penerimaan di sekolah.

Buat masa ini tidak disahkan lagi platform apa siri TV animasi ini akan tiba, berkemungkinan ia akan diumumkan kemudian selepas siri ini bersedia untuk ditawarkan kepada penerbit-penerbit di dalam industri.

Lil Critter Workshop sebelum ini telah hadir dengan lebih 447 episod animasi antaranya adalah Buck and Buddy yang anda boleh tonton di Youtube.

Sumber: Twitter (Zhafvlog)

Sohor Kini