The Super Mario Bros. Movie muka ditayangkan secara rasmi hari ini di Malaysia. Ia adalah filem animasi Super Mario pertama dengan kerjasama antara Nintendo dan Illumination. Filem ini menyertakan ramai pelakon hebat untuk suara watak-watak Mario seperti Chris Pratt, Anya Taylor-Joy, Jack Black, Seth Rogen dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan Mario seorang tukang paip yang termasuk ke dunia Mushroom Kingdom dan perlu menyelamatkannya daripada ancaman Bowser.

Sempena tayangan filem ini TGV Cinemas bekerjasama dengan Gamers Hideout untuk memberi anda bermain konsol Nintendo Switch percuma di TGV 1 Utama dan TGV Central i-City. Anda berpeluang bermain permainan seperti Mario Kart Deluxe 8 dan Super Mario 3D World.

Kemudian pada 29 April nanti di TGV 1 Utama anda boleh bertemu dengan kami dan Kakuchopurei untuk memenangi hadiah istimewa dengan bertempur dalam Mario Kart Tour.

Bukan itu sahaja, lokasi-lokasi TGV terpilih turut akan diubah menjadi tema Super Mario seperti jalan pelangi, cendawan ikonik, watak-watak dalam filem dan banyak lagi. Sempena tayangan filem in juga anda boleh dapatkan Hot Wheels Mario Kart edisi khas jika membeli Royale Popcorn Combo di lokasi TGV di bawah;

  • TGV 1Utama
  • TGV Sunway Pyramid
  • TGV Seremban 2
  • TGV Wangsa Walk
  • TGV Sunway Velocity
  • TGV D’pulze
  • TGV AEON Rawang
  • TGV AEON Bukit Indah
  • TGV Toppen
  • TGV Central i-City

Teruskan ikuti kami di Aksiz untuk lebih maklumat lanjut dan kami akan adakan pusingan kedua giveaway tiket filem The Super Mario Bros. Movie.

Baca: Ulasan The Super Mario Bros. Movie

Sohor Kini