Grafik Unrecord Sukar Dibezakan Dengan Realiti

Kualiti grafik permainan video semakin hampir kepada realiti sekarang kerana pemproses yang berkuasa. Pagi ini treler pertama untuk permainan Unrecord tular di media sosial kerana sukar dibezakan dengan rakaman video sebenar. Unrecord ialah sebuah FPS dari sudut pandangan kamera bodycam yang digunakan oleh anggota polis. Kerana grafik yang realistik, ia amat mirip dengan video tembak menembak polis yang boleh ditonton sekarang.

Ia dibangunkan oleh studio Drama yang berpangkalan di Perancis. Ini juga merupakan permainan video pertama daripada studio ini. Menurut beberapa laporan, Unrecord menggunakan enjin Unreal Engine 5 yang mampu memberikan grafik realistik. Berdasarkan treler ini, pemain mengawal watak seorang anggota polis yang cuba menyelesaikan kes jenayah. Selain tembak menembak, pemain juga boleh memilih dialog perbualan bagi mendapatkan maklumat daripada NPC.

Unrecord akan hadir ke PC sahaja pada waktu ini dengan ia boleh dimasukkan ke dalam senarai Wishlist di Steam sekarang.

Sohor Kini