Warner Bros Discovery sebelum ini telah mengumumkan antara perkara yang akan dilakukan selepas gabungan antara Warner Bros dan Discovery adalah melancarkan semula perkhidmatan penstriman HBO Max.

Mengikut laporan oleh The New York Times, HBO Max akan dilancarkan semula sebagai ‘Max’ dengan pengumuman rasmi akan dilakukan dalam minggu ini.

Pemilihan jenama ini adalah tepat dengan laporan kami sebelum ini pada akhir tahun lepas – Gabungan HBO Max Dan Discovery+ Dikatakan Adalah “Max”.

Sebelum ini, kami juga melaporkan yang David Zaslav, CEO untuk Warner Bros Discovery mengatakan HBO Max mempunyai fungsi yang baik akan tetapi sering mengalami masalah prestasi.

Beliau juga mengatakan yang Discovery+ mempunyai teknologi lebih baik, dan akan menjadi asas untuk perkhidmatan baharu ini. Oleh itu, perkhidmatan Max berkemungkinan akan kelihatan berbeza dengan HBO Max.

Perkhidmatan baharu ini akan mengabungkan kandungan HBO dan juga Discovery. Menurut NYT lagi, langganan akan mempunyai tiga pilihan iaitu;

  • Dengan iklan – $9.99 sebulan / $99.99 setahun (FHD, 2 peranti serentak)
  • Tanpa iklan – $15.99 sebulan / $149.99 setahun (FHD, 2 Peranti Serentak, 30 muat turun)
  • Ultimate – $19.99 sebulan / $199.99 setahun (4K UHD, 4 peranti serentak, 100 muat turun)

Buat masa ini tidak disahkan jika penawaran di Asia Tenggara termasuk di Malaysia akan terkesan dengan perkhidmatan baharu ini, ataupun masih kekal sebagai HBO Go.

Sohor Kini