Ubisoft dan Webtoon hari ini telah mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan webcomic berdasarkan Assassin’s Creed iaitu Assassin Creed: Forgotten Temple yang akan diterbitkan oleh Redice Studio.

Komik ini akan tiba bermula pada 24 April 2024 melalui Webtoon. Pada permulaan akan terdapat 6 episod dengan episod-episod seterusnya akan tiba secara mingguan. Komik ini akan mempunyai 3 musim dan 150 episod.

Assassin’s Creed: Forgotten Temple akan meneruskan penceritaan Edward Kenway yang diperkenalkan dan juga watak utama di dalam Assassin’s Creed IV: Black Flag. Penceritaan ini memfokuskan bagaimana Edward Kenway dari seorang lanun menjadi sebahagian Brotherhood.

Webtoon boleh diakses melalui laman web ataupun aplikasi yang boleh dimuat turun melalui App Store dan juga Play Store.

Sohor Kini