Chris Miller dan Phil Lord adalah dua orang yang menjayakan filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse. Mereka juga adalah penerbit kepada filem Cocaine Bear. Tetapi tahukah anda mereka turut ada siri TV Apple TV+ mengenai misteri pembunuhan whodunit?
Siri ini adalah The Afterparty dan musim kedua akan tiba di Apple TV+ pada 12 Julai nanti.
Tiffany Haddish, Sam Richardson dan Zoë Chao kembali memainkan watak asal mereka. Tetapi John Cho, Paul Walter Hauser, Ken Jeong, Anna Konkle, Poppy Liu, Elizabeth Perkins, Jack Whitehall, Zach Woods dan Vivian Wu adalah pelakon baru yang menyertai siri komedi ini.
Dalam The Afterparty musim kedua ia akan memfokuskan kepada kisah majlis perkahwinan di mana pengantin lelaki telah dibunuh. Detective Danner kembali meminta bantuan Aniq dan Chao untuk menyoal-siasat suspek di kalangan ahli keluarga pengantin, kawan, rakan niaga dan lain-lain bagi mencari pembunuh sebenar.
Siri ini akan disampaikan dalam genre berbeza dan mempunyai 10 episod. Dua episod pertama adalah pada 12 Julai dan diteruskan secara mingguan sehingga 6 September.
The After Party adalah salah satu projek di bawah perjanjian Lord and Miller selama liam tahun di bawah Apple TriStar TV dan Sony Pictures Television untuk Apple TV+.
Baca: Ulasan The Afterparty – Siri TV Misteri Pembunuhan Yang Unik Dan Penuh Dengan Komedi