Apple Arcade telah mengumumkan senarai permainan yang akan tiba pada bulan ini untuk perkhidmatan tersebut. Terdapat 4 permainan yang akan disertakan iaitu Doctor Who: An Unlikely Heist, Summon Quest, Cornsweeper dan Grand Mountain Adventure+.
Doctor Who: An Unlikely Heist akan tiba pada 7 April ini yang merupakan permainan pengembaraan tekaria, mencari objek. Permainan ini dibangunkan oleh Tilting Point dengan kerjasa bersama BBC. Permainan ini akan menggunakan Doctor Who Ke-13 bersama dengan temannya iaitu Yasmine Khan.
Summon Quest pula adalah permainan oleh Team 17 dan akan dikeluarkan pada 21 April. Di dalam permainan ini, pemain perlu menutup bukaan yang membawa makhluk-makhluk jahat ke dunia, terdapat pelbagai penjahat dan kawasan untuk ditemui oleh pemain.
Pada 28 April terdapat dua permainan yang akan disertakan iaitu Cornsweeper oleh wbuttr iaitu permainan minesweeper dengan rekaan berlainan, selain itu Grand Mountain Adventure+ juga akan tiba yang merupakan permainan pengembaraan bermain ski, dibangunkan oleh ToppLuva AB.
Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.