YG, syarikat artis disebalik nama-nama popular seperti BIG BANG dan juga BLACKPINK baru-baru ini telah membuat sebuah pengumuman bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah permua berdasarkan kumpulan pop popular wanita tersebut.

Dinamakan BLACKPINK The Game, pemain akan memainkan watak pengurus kumpulan BLACKPINK didalam permainan, dan akan menguruskan karier kumpulan tersebut didalam permua ini. Ia juga akan hadir dengan pelbagai permainan-permainan kecil yang lain seperti penyesuaian pejabat dan pemakaian watak-watak kumpulan tersebut.

Permua BlackPINK The Game ini akan diperkenalkan pada suku kedua tahun ini dan tiada tarikh khusus diberikan buat masa ini. Walaupun begitu, YG telah mengesahkan bahawa runut bunyi dan video muzik berkaitan dengan permua ini akan dirakam dan dinyanyikan oleh BLACKPINK sendiri dan akan dilancarkan kelak.

Sumber: AllKPop

Sohor Kini