Disney masih tidak mengalah dalam usaha mengolah semula animasi klasik kepada aksi nyata. Sudah banyak mereka hasilkan seperti Lion King, Dumbo, Lady and the Tramp, Aladdin dan banyak lagi.
Lilo & Stitch juga adalah antara salah satu projek mereka untuk mengolah kepada filem aksi nyata. Dean Fleischer Camp adalah pengarah filem ini dan Lilo & Stitch aksi nyata disasarkan sebagai filem eksklusif Disney+.
Baru-baru ini Disney telah menemui pelakon utama bagi filem ini iaitu Lilo. Watak Lilo akan dimainkan oleh Maia Kealoha. Gadis ini adalah pelakon baharu dan akan menyertai Zach Galifianakis yang akan berlakon sebagai watak yang masih dirahsiakan (aku rasa sesuai jadi Jumba Jookiba atau Captain Gantu).
Filem Lilo & Stitch akan memfokuskan tema Hawaii mengenai Lilo yang bertemu dengan Stitch iaitu makhluk asing yang diubahsuai untuk melakukan kemusnahan sahaja tetapi mereka menjadi kawan baik dan Stitch terus menjadi ahli keluarga – Aloha.
Butiran lain mengenai filem ini masih dirahsiakan.