Disney Akan Hadir Dengan Filem Aksi Nyata Lilo & Stitch

Marcel the Shell with Shoes On adalah satu animasi gerak-henti (stop motion) yang dicipta oleh Dean Fleischer Camp yang dihasilkan pada tahun 2010. Filem ini kemudiannya diadaptasi menjadi filem penuh pada tahun 2021 yang menyertakan sekali watak manusia. Marcel adalah watak berasaskan cangkerang dengan satu mata dan mempunyai kaki.

Filem Marcel the Shell with Shoes On berjaya mengutip lebih $1 juta. Dengan kejayaan ini, Dean Fleischer Camp telah dipilih untuk menjadi pengarah filem Disney pula. Dean akan mengarah filem adaptasi animasi ke aksi nyata Lilo & Sticth.

Filem ini akan ditulis oleh Chris Kekaniokalani Bright, diterbit oleh Dan Lin dan Jonathan Eirich daripada Rideback serta Ryan Halprin sebagai penerbit eksekutif. Buat masa ini masih tiada informasi sama ada adakah filem ini akan menjadi filem eksklusif Disney+ atau untuk tayangan di pawagam.

Lilo & Stitch adalah kisa persahabatan antara gadis di Hawaii Lilo yang bertemu dengan makhluk asing yang dicipta untuk melakukan kemusnahan yang diberi nama Stitch.

Sohor Kini